Sunday, August 22, 2010

Pes ikan bakar

Kali ni mommy ni nak share buat pes tuk bakar ikan. Apa2 jenis ikan pun xkesah...ikut peberet msg2 ler kan. Mommy amat suka ikan pari tp my darling tak makan ikan pari. So tuk dia biasanye guna ikan kembung hijau yg besarrrr pny tu heehhe.

Jom kita membakar ikan.....

Pes ikan bakar

Bhn2:
2sdt serbuk kunyit
Sedikit air
secubit garam
Daun pisang secukupnya - utk balut ikan
Kuali leper

Utk pes:
2-3 ulas bwg merah
3-5 ulas bwg putih
1-2cm halia
1 btg serai (hiris nipis2)
*tumbuk lumat bhn2 di atas
1-2 sdt cili kisar / serbuk cili
1/3 - 1/2 cwn santan
garam & gula secukup rasa
sedikit minyak utk menumis

Cara:
1. Panaskan minyak dlm kuali dan tumiskan bhn2 tumbuk.
2. Kacau2 dan tmbhkn cili kisar/serbuk cili. Kacau2 dan biar smpai naik myk baru le dimasukkan santan, garam & gula. Sentiasa kacau. Bila dh memekat bolehlah diangkat.
3. Sediakan kuali & panaskan atas api.
4. Campurkan serbuk kunyit, air & garam. Biar campuran ni cair sdkit. Ambil ikan yg dh dibersihkan dan lumurkan dgn air kunyit. Kemudian, ambil sesudu atau 2 sudu besar pes ikan bakar tadi dan lumurkan pada ikan. Bungkus ikan dalam daun pisang & bakar atas kuali panas td. Api jgn terlalu besar...sederhana aje.
5. Balik2kan ikan semasa membakar. Angkat bila dh masak.
6. Bila menghidang, tuangkan lg pes td pada ikan & sediakan air asam (resipi di sini).

No comments:

Post a Comment